Sejarah
Sekolah Kebangsaan Pasir Akar Jerteh
telah dibina kira-kira 60 tahun yang IaIu.
Pengasasnya
merupakan seorang anak muda iaitu Awang Nik bin
Mamat (1926) yang berasal
dari Pasir Puteh, Kelantan.
Semangat untuk mendirikan Sekolah kebangsaan Pasir Akar timbul
apabila Awang Nik menyedari betapa mundurnya masyarakat Melayu ketika
itu khususnya yang tinggal di kawasan Pasir Akar dan kawasan persekitarannya.
Dengan bantuan seorang
Ustaz. Awang Nik telah berganding bahu dengan penduduk kampung untuk membina
sebuah sekolah di kampung Pasir Akar pada tahun 1938 di
atas sebidang tanah yang
telah dihadiahkan oleh seorang penduduk,
Ibrahim bin
Boto.
Dengan hanya berdindingkan buluh dan beratapkan daun nipah
sekolah pertama terbina dengan diiringi doa dan restu penduduk dengan nama Sekolah
Melayu Rakyat.
Pada awalnya seramai 50 anak
tempatan telah mula belajar di sekolah berkenaan dengan tenaga pengajar seramai
dua orang. Tetapi setelah tiga tahun beroperasi dengan tidak diduga Jepun telah
menyerang Malaya hingga menyebabkan sekolah itu terpaksa ditutup selama 6 tahun.
Setelah kedatangan British semula Sekolah Melayu rakyat
telah dibuka semula dan Awang Nik bin Mamat kembali semula untuk
berkhidmat sebagai pendidik. Tidak lama kemudian iaitu pada
tanggal 10 September 1946, di saat-saat anak kelahiran Pasir Akar memerlukan
bimbingan pendidikan, Awang Nik terpaksa meninggalkan tugasnya sebagai guru
apabila mendapat tawaran bekerja sebagai seorang pegawai di ]abatan Parit dan
Taliair. Tempat beliau kemudiannya diganti oleh Encik Mohamad bin Embung.
Dalam
tempoh perkhidmatan beliaulah, Sekolah Melayu Rakyat ni telah diambil alih oleh
kerajaan dan bangunan baru telah dibina menggantikan bangunan lama. Serentak
dengan itu juga namanya telah bertukar kepada Sekolah kebangsaan Pasir Akar yang
diguna pakai sehinggalah hari ini.